Kewarganegaraan:
Close

Change your country

If the above selected country of residence is not the one you are in now, you may change it.

Rusia
Visa Pelancong and Perniagaan

Apply Online or Contact us at
866 772 9245 (local phone)


Please give your vote for this product:

4.45 out of 5 based on
166 vote(s).

Maklumat Visa Pelancong dan Perniagaan Rusia

 
Bagi melawat Rusia untuk urusan perniagaan atau percutian, anda akan memerlukan Visa Rusia. Visa First boleh mengaturkan Visa Perniagaan Rusia atau Visa Pelancong Rusia yang bersesuaian degan tujuan lawatan anda.

Bagi melayakkan diri untuk visa Rusia anda memerlukan surat jemputan daripada Kementerian Luar Negeri di Rusia, atau agensi/organisasi pelancongan yang diiktiraf oleh Kementerian.

Bagi memohon Visa Pelancong Rusia anda perlu menyediakan:
  • Borang permohonan Visa Rusia yang telah dilengkapkan (satu setiap seorang) yang ditandatangani oleh pemohon;
  • Pasport terkini anda. Ia haruslah sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan selepas tarikh berlepas anda dari Rusia dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 muka surat kosong;
  • Satu gambar terkini bersaiz pasport dengan nama anda ditulis di belakang;
  • Pengesahan penerimaan standard pelancong Rusia yang dikeluarkan oleh agensi pelancongan Rusia atau hotel yang berdaftar dengan Kementerian Luar Negeri Rusia;
  • Baucar pelancong dari agensi pelancongan anda (atau hotel). Baucar mestilah mengandungi nama anda, nombor pasport, tarikh dan pelabuhan ketibaan dan berlepas di dalam dan dari Rusia, bandar-bandar yang akan dilawati, rujukan agensi atau nombor pendaftaran. Sila ambil perhatian bahawa tempahan hotel tidak memadai untuk permohonan visa ini. Visa First dapat menyediakan anda dengan pegesahan penerimaan pelancong; *
  • Kumpulan Melancong atau Penumpang Kapal Persiaran: Anda perlu menyediakan surat daripada syarikat pelancongan atau syarikat kapal persiaran yang mengesahkan jadual perjalanan anda dan termasuk salinan pengesahan daripada syarikat pelancongan Rusia yang diberi kuasa yang menunjukan nombor rujukan dan nombor pengesahan visa.

*Visa First boleh menguruskan baucar kemasukan pelancong tunggal anda dalam hanya 15 minit.

Bagi memohon Visa Perniagaan Rusia anda perlu menyediakan:
  • Pasport terkini anda. Ia haruslah sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan selepas tarikh berlepas anda dari Rusia dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 muka surat kosong;
  • Borang permohonan Visa Rusia yang telah dilengkapkan (satu setiap seorang) yang ditandatangani oleh pemohon;
  • Satu gambar terkini bersaiz pasport yang dilekatkan di ruang yang dinyatakan pada borang permohonan;
  • Jemputan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Rusia atau wakil serantaunya atau oleh cawangan Perkhidmatan Migrasi Persekutuan Rusia yang bersesuaian. Jemputan mestilah mengandungi: meterai rasmi, alamat rasmi kepada hos institusi / syarikat, nombor pendaftaran dokumen, tandatangan dan nama pegawai yang diberi kuasa untuk menjemput orang asing ke Rusia, jadual perjalanan, tarikh penginapan, dan nama-nama orang yang dijemput. Bagi visa pelbagai kemasukan, anda perlu mengemukakan jemputan asal. Bagi visa kemasukan single atau double salinan jemputan boleh diterima tetapi anda munkin diminta untuk mengemukakan salinan asal di imigresen*
  • Surat pengenalan daripada syarikat anda (atau diri sendiri jika anda bekerja sendiri) yang menyatakan butir-butir lengkapdiri anda sendiri, destinasi, terma-terma dan tujuan lawatan. Pemohon yang bekerja sendiri harus menunjukkan salinan penyata bank untuk tiga bulan yang lalu.

*Visa First boleh menguruskan baucar perniagaan kemasukkan tunggal anda hanya dalam tempoh 3 hari di Ireland.

Masa pemprosesan standard untuk visa Rusia ialah tujuh hari selepas menerima permohonan anda.

Mohonlah visa anda ke Rusia hari ini
Hanya telefon jabatan Visa Rusia kami dan tempah visa anda melalui telefon dan pekerja kami akan menghantar borang-borang yang anda perlukan dan seterusnya memproses visa anda dengan segera.

Malysia Office: 0603 2772 7321